• Home
  • Apple
  • Microsoft
  • Wordpress
  • Joomla
  • Codepen
  • Contact
  • About
 ceroicom.blogspot.com

Saturday, 28 December 2013

.





Saturday, 4 January 2014

       
Home
News
Game List
Pictures
Video
Gossips
Flash Game
Browser Games
Forums


Browser Game Home| Browser Game List
Xatrium, Shooter, 3D, 3D browser game, Web Game
  • Xatrium, Shooter, 3D, 3D browser game, Web Game

ANDA BUNTU DENGAN HIDUP DAN MASA DEPAN ANDA

Sudah tiba masanya untuk kita semua berhijrah dari cara hidup yang terlalu bergantung pada nasib serta pada orang lain didalam menjalani hidup ,sehingga menyebabkan kita tidak mampu untuk merancang serta mangatur cara hidup sendiri kerana  terpaksa bergantung hidup pada orang lain yang mengatur cara hidup untuk kita.Inilah sistem kapitalis ,iaitu sistem perhambaan zaman moden dengan cara terhormat.

MARILAH KITA BERUSAHA DAN BERSABAR UNTUK MENGUBAH NASIB KITA

Marilah kita bersama-sama kembali kepada sistem ekonomi berasaskan Islam untuk mengelak dari terus menjadi hamba kepada sistem kapitalis.

Surah Al-Asr,
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar:, (3)






DASAR MONOPOLI

  Didalam sistem kapitalis ini setiap sesuatu jenis perniagaan itu dimonopoli sepenuhnya oleh sesuatu pihak supaya setiap peluang perniagaan itu dapat menyumbang sebanyak mungkin keuntungan demi kepentingan syarikat  atau individu terbabit.Perkara sebegini sememangnya kurang bijak kerana sekiranya  berlakunya  kepincangan atau penyelewengan didalam syarikat tersebut sehingga menyebabkan  kerugian keatas syarikat tersebut ,harga sesuatu barangan terpaksa dinaikkan untuk menampung  kerugian serta kos operasi syarikat atau perniagaan tersebut,sedangkan sekiranya pengurusan dibuat dengan cekap atau  pengguna mempunyai lebih banyak pilihan sumber bekalan , tidak  akan ada sebarang kerugian yang akan berlaku serta tidak berlakunya peningkatan harga untuk sesuatu barangan  yang terpaksa ditanggung oleh golongan pengguna . Sebagai pengguna kita tidak mempunyai pilihan yang lain selain dari terpaksa  membeli juga barangan tersebut biar setinggi mana sekalipun harga barangan itu, kerana ianya sememangnya bahan keperluan serta kita tidak mempunyai sumber yang lain untuk mendapatkan  sesuatu barangan itu.Oleh itu kita perlulah membentuk sebuah komuniti pengguna , peniaga dan pengusaha yang dapat membantu diantara satu sama lain yang dapat menyediakan peluang pekerjaan ,perniagaan  serta pasaran yang tetap dan terjamin didalam satu komuniti yang lebih tersusun dan sistematik sebagai altenatif kepada sistem ekonomi kapitalis yang telah dimonopoli sejak sekian lama ini.

Sebagai contoh, harga 5 liter minyak masak telah meningkat dari RM12.50 pada bulan Januari kepada RM13.50 pada bulan Julai. Suatu peningkatan sebanyak 7%. Begitu juga harga 1kg Milo dari RM12.90 kepada RM15.90 (23.3%), Nescafe “3 in 1” 22 uncang dari RM11 kepada RM12.40 (12.7%), Beras gred A seberat 10kg dari RM23 kepada RM25.90 (12.6%), satu tin Susu pekat manis dari RM2.00 kepada RM2.40 (20%), Telor gred A 10 biji dari RM3.00 kepada RM3.30 (10%), satu liter Kordial FN dari RM5.90 kepada RM7.20 (22%), sekilo bawang putih dari RM7.00 kepada RM10.00 (43%), sekilo Ikan kembung dari RM4.00 kepada RM8.00 (100%). Begitu juga harga barangan keperluan dapur yang lain seperti cecair pencuci pinggan dari RM4.90 kepada RM5.90 (20.4%), kitchen paper (6 roll) dari RM8.90 kepada RM10.90 (22.5%), dan Soflan dari RM5.90 kepada RM6.90 (17%)..






Adakah pendapatan pekerja yang makan gaji setiap bulan akan mendapat kenakan gaji sama peratusannya dengan peningkatan harga barang keperluan ?!,.. sudah tentu tidak bukan,jadi setiap  enam bulan pendapatan kita akan berkurangan lebih kurang 20% kerana terpaksa menampung kenaikan harga barangan,sebagai contoh ,jika pendapatan RM 1000 sebulan ,ianya akan berkurang menjadi RM 800 selepas enam bulan kerana terpaksa menampung kenaikan 20% harga barangan,kemudian hanya tinggal RM 600 selepas setahun atau berkurangan sebanyak 40% ,sampai bilakah kita harus membiarkan perkara sebegini berlaku tanpa sebarang tindakan ,sedangkan kita bertungkus lumus bekerja siang malam untuk mencari keselesaan dan kesenangan tetapi dengan begitu mudah sekali golongan tamak haloba ini mengaut segala hasil dari penat lelah kita untuk dibolot  oleh mereka sendirian.
Kita sering mengharapkan supaya orang lain berubah namun adakah kita sendiri sanggup berubah dan berhijrah dari cara hidup sekarang kepada cara hidup yang lain, yang dapat memberikan kita lebih peluang dan juga kehidupan yang lebih baik.Sudah sekian lama kita hidup didalam sistem ekonomi kapitalis yang lebih banyak memberikan keuntungan kepada golongan peringkat atasan sehingga menyebabkan semua orang berlumba-lumba mencapai kedudukan tersebut kerana disitulah terletaknya kekuasaan,kekayaan,penghormatan serta keselesaan didalam masyarakat.Golongan peringkat  bawahan yang merupakan golongan pengguna majoriti terpaksa bergantung sepenuhnya kepada setiap keputusan golongan minoriti diperingkat atasan dimana setiap keputusan yang dibuat oleh mereka sudah tentunya memberikan keuntungan kepada mereka atau orang disekeliling mereka terlebih dahulu berbanding orang  peringkat bawahan yang  tidak begitu dikenali serta kurang penting.Namun sekiranya berlaku  sesuatu kepincangan diperingkat atasan ini ,golongan majoriti peringkat bawahan inilah yang  menerima kesan yang besar dari segi kehilangan pendapatan ,pekerjaan dan sebagainya sedangkan mereka diperingkat atasan ini kurang merasakan kesannya, kerana telah mempunyai kewangan serta persediaan yang cukup sewaktu mereka berkuasa dan berada diperingkat atasan.

Adakah kekayaan dan keselesaan hanya untuk beberapa orang sahaja ?

Mungkin inilah yang ditanam didalam kepala kita selama ini,kita hanya layak memiliki apa yang sepadan dengan kelayakan kita dan perlu membiarkan beberapa orang lain membolot segala keselesaan dan kemewahan kerana mereka memang layak menjadi tuan kepada kita dan kita hanyalah hamba yang layak menagih simpati dari mereka.



  •  Orang  yang  layak  kaya  dan  hidup  selesa .

  • Orang yang hanya layak merempat.




TERPULANG KEPADA ANDA BAGAIMANA ANDA MAHU MENENTUKAN CARA HIDUP ANDA. 

Anda boleh memilih memulakan cara hidup baru didalam kehidupan atau cara hidup lama yang hanya bergantung pada nasib dan simpati semata-mata.







Share Me

  • Facebook
  • Twitter
  • Google +
  • Pinterest
.

.

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet nostrum imperdiet appellantur appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Subscribe to our newsletter

(Get fresh updates in your inbox. Unsubscribe at anytime)
Edit Post

No comments:

Post a Comment

Newer Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Facebook

Featured Post

UEC SENJATA POLITIK UNTUK MENJATUHKAN PEMIMPIN SERTA KUASA POLITIK MELAYU.

UEC SENJATA POLITIK UNTUK MENJATUHKAN PEMIMPIN SERTA KUASA POLITIK MELAYU. garangcom   July 17, 2018   Facebook Twitter WhatsApp Em...

My Instagram

My Instagram

Logo

Logo

Find Us On Facebook

Translate

latest tweets

our facebook page

Social Follow

Popular Posts

  • (no title)
      PC & MOBILE   LIFESTYLE   HARDWARE   FREE EBOOKS   GIVEAWAYS   TOP LISTS   ABOUT SHOP   CHATS       Search ...
  • (no title)
    April 20, 2019   No comments   Putrajaya U-Turn lagi: “Manifesto bukan kitab suci!” – PM Parlimen, 16 Julai : Putra...
  • Kapal selam baharu Russia mampu musnahkan sebuah bandar.
    KAPAL selam ‘Belgorod’ dilancarkan dari kilang di Sevmash, barat laut Russia. - Foto The Times Kapal selam baharu R...
  • (no title)
    Di dalam perlembagaan negara Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi tetapi tidak menolak penggunaan bahasa kaumlain dalam negara ini, sebag...
 

Distributed by: Iqlasmediacom

Iqlasmediacom